Skip to main content

Mukaddimah

عليكم السلام  Dan  Salam 1Malaysia

Syukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan petunjuk dan kasih sayangNya kita masih lagi bernafas di muka bumi ini.

Syukur juga saya panjatkan ke hadratnya kerana memberi peluang dan jalan kepada saya mengenali pelaburan emas melalui Public Gold yang mana selama ini saya hanya melakukan defisit terhadap pendapatan bulanan saya.

Alhamdulillah, berkat bimbingan dan panduan daripada sifu saya Cikgu Haryati bt. Mohd. Sarkawi pemilik www.cikguemas.com, akhirnya saya dapat melahirkan blog ini sebagai panduan rakan-rakan yang masih tercari-cari lagi panduan dalam menentukan halatuju pelaburan sebenar di samping meluaskan ukhwah antara sesama kita.

Sebenarnya saya sudah lama mengenali nama Public Gold; namun begitu, perasaan takut-takut tertipu dan kecewa masih menebal kerana saya belajar daripada pengalaman lalu.
Setelah mula membeli 1 dinar daripada beliau terasa nilai sebenar gaji saya selama ini. 

Berbaloi-baloi..

Syukur Allah telah membukakan ruang dan peluang untuk saya betulkan kesilapan lalu yang mana telah memakan diri saya hampir setahun. Bermula daripada pembelian pertama itu, hampir setiap hari saya jadi jakun melihat nilai naik turun harga dinar. Genap tiga bulan daripada pembelian pertama saya, saya nekad untuk menjadi dealer Public Gold kerana sudah lama terintai-intai nilai sebenar simpanan saya. 

Bertitik tolak dari hari itu, saya sudah ada platform yang sebenar dalam pelaburan dan simpanan masa hadapan.

Saya sudah bermula..ANDA BILA LAGI??

Salam Ukhwah Pelaburan Emas

Nor Nina Natasha binti Nor Azizan
natasha.azizan@yahoo.com
PG019652
017-728 7200

 

Comments

Popular Posts

Selamatkah Membeli Emas di Public Gold?

Simpan Wang Di Bank Atau Beralih Kepada Emas Fizikal Public Gold - Mana Lebih Berbaloi?

Zakat Emas dan Perak