Skip to main content

5 Kriteria Penting Memilih Pelaburan Emas


Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Hari ini saya nak share artikel menarik daripada Sifu Hafizul Hakim. Sekarang ni dah banyak company yang keluarkan emas pelaburan. Ramai orang jadi confuse nak beli emas yang mana satu. Ramai juga yang tanya saya pasal syarikat lain, antaranya GCP, Amsyiq Gold, GSR, Sri Ayu dsb. Saya rasa lebih adil sahabat semua tanya direct dealer company tu sebab saya takut maklumat yang bagi tu tak tepat ataupun tak lengkap. Dealer company tu sendiri lebih layak untuk explain berbanding saya.
Saya cuma expert tentang Public Gold (PG) dan ilmu pelaburan emas secara umum. Setakat yang saya perhatikan, emas pelaburan paling tinggi permintaan di Malaysia ialah Kijang Emas BNM, Dinar Kelantan dan Public Gold. So, saya lebih fokus kepada Public Gold sebab Public Gold menyediakan fasiliti pelaburan emas fizikal terbaik diMalaysia.
Bagi saya, emas terbaik untuk pelaburan ialah emas yang senang dibeli, senang dijual, dan untung maksimum bila dijual! Kalau sahabat nak tahu sesuatu emas PELABURAN tu bagus ke tak, sahabat semua kena meneliti / bertanyakan kepada dealer tentang 5 kriteria penting ni sebelum beli iaitu:
  1. Harga rendah
  2. Peratus Spread (susut nilai) rendah
  3. Supply consistent
  4. Cawangan banyak
  5. Syarat jual beli tak cerewet
Kriteria #1 – Harga rendah
Cuba bandingkan harga sesebuah company dengan pengeluar emas yang lain. Paling baik mestilah harga paling rendah. Kalau untuk pelaburan, kena pastikan at least harga emas tu lebih rendah dari harga kedai emas (www.fgjam.org.my). Tapi kena hati-hati, emas yang harganya paling murah biasanya spreadnya (susut nilai) agak tinggi.
So, jangan mudah terpengaruh dengan emas murah, sebab emas murah jualnya pun lebih murah!
Untuk bandingkan harga, sahabat semua boleh cek di website company tu, antaranya;
Kriteria #2 – Spread (susut nilai) rendah
Cuba kira berapa peratus spreadnya. Spread akan menentukan berapa cepat kita dapat untung. Lagi rendah lagi bagus. Kena buat calculation la sikit.
  1. Formulanya, (HARGA SELL – HARGA BUY)
  2. Perbezaan harga tu, bahagikan dengan harga dia jual tadi, dan darab dengan 100.
  3. Baru kita dapat tahu berapa % spreadnya. Lagi rendah lagi bagus.
Contohnya, harga semasa 1 Dinar Public Gold (25 Mei 2012, jam 4.15 petang).

Perhatikan harga PG BUY (harga jual semula) ..
Pelabur Emas mementingkan SPREAD MARGIN yang paling rendah!
Spread 6% tu maksudnya, kalau harga emas naik 10%, pembeli 1 Dinar PG dah untung 4% (10% – 6%). Saya tengok, ada company kenakan spread 1 Dinar sehingga 15%! Uh… Kesian kepada pembeli yang tak tahu tentang spread… Maksudnya, kalau harga emas naik 10%, pembeli 1 Dinar dari company X tu masih lagi tak untung -5% (10% – 15%)!
Untuk rujukan pantas, sahabat semua boleh buat perbandingan spread emas yang ada di Malaysia. Saya dah calculate siap-siap di artikel “Faktor Spread Margin: Penting atau Tidak.. Anda Kaji artikel saya”.
Kriteria #3 – Supply konsisten
Sahabat semua kena make sure company tu boleh supply emas secara konsisten. Maksudnya, bila harga emas jatuh mendadak, kita berpeluang untuk beli pada harga rendah. Saya perhati, Dinar Kelantan dan Kijang Emas agak bermasalah sikit dari sudut ni.Bila harga emas jatuh mendadak, memang susah nak dapat stok! Pembeli terpaksa nganga jer lah, sedangkan itulah peluang untuk maksimumkan keuntungan…
Bagi saya, antara kelebihan yang ada pada PG ialah bukan sekadar stok sentiasa ada tapi kita berpeluang beli mengikut REAL-TIME harga emas dunia. Setakat ni, saya tengok hanya PG jer  yang ada fasiliti lock harga beli dan harga jual mengikut real-time di Malaysia.
Katakanlah harga emas jatuh mendadak pada pukul 12.00 malam, kita boleh lock harga rendah dan bayar harga yang kita lock pukul 12.00 tu walaupun harga emas naik balik pada pukul 7.00 pagi esoknya. Ini bukan teori, tapi realiti. Kalau harga emas nak jatuh, biasanya dia jatuh waktu malam (waktu Malaysia) dan naik balik pagi esoknya. Jadi, pembeli emas PG berpeluang dapat keuntungan lebih dengan fasiliti ni.
Cara lock harga: SMS seperti ini ke handphone saya di 017-728 7200
"Saya berminat beli emas PG. Nama penuh anda, No. IC anda, Email anda, No. tel anda, item nak beli : , Harga semasa: ______ sekeping"

contoh: 
"Saya berminat beli emas PG. 
Nama penuh NOR NINA NATASHA BINTI NOR AZIZAN
No. IC  888888-07-XXXX, 
Email  natasha.azizan@yahoo.com, 
No. tel  017-728 7200, 
item nak beli : 10 dinarx 3
Harga semasa: rm7,111/pc
Kriteria #4 – Cawangan banyak
Kena cek berapa banyak company tu ada cawangan. Company terbaik ialah company yang banyak cawangan supaya mudah urusan jual beli. Kalau company tak banyak cawangan, takut susah bila nak jual balik nanti.
Public Gold mempunyai cawangan di seluruh negeri di Malaysia!
  • Katakan anda membeli sekilo emas berharga RM180,000 hari ini.
  • Minggu hadapan harga jual semula (PG BUY) adalah RM200,000 anda pergi branch bawa emas dan dapat cash dalam tempoh 24 jam (bank in to your account).
Sebab itu pelabur emas yang mempunyai modal besar memilih Public Gold! Guaranteed buy back


Kriteria #5 – Syarat jual balik tak cerewet
Syarat ni pun penting. Kalau nak beli, cari company yang jamin akan beli balik emas tu tanpa banyak syarat. Kalau company tu tak jamin akan beli balik, jangan beli emas tu sebab nanti kita rugi 25% sebab terpaksa jual kepada kedai emas. Paling baik ialah company yang jamin akan beli balik walau apa keadaan emas tu, sekalipun calar, kemek, dah buka seal dsb.
Bila company jamin beli balik walaupun emas tu calar, kemek dsb, kita lebih peace of mind.

Emas Pamp Suise tak boleh dibuka seal. Kalau buka, kedai emas akan tolak spread 25%!
Gold bar Kuwait Finance House ni pun tak boleh dibuka sealnya. Nanti terpaksa jual ke kedai emas dengan spread 25%!

Itulah 5 kriteria penting yang kena cek bila nak beli emas untuk tujuan PELABURAN. Kalau sekadar untuk buat koleksi, mana-mana pun ok. Selepas anda faham 5 ciri penting ini, pilih emas pelaburan yang BALANCE untuk kesemua ciri tersebut. Setakat yang saya perhati, tak ada company yang boleh score 5 bintang untuk kesemua ciri-ciri yang saya senaraikan tu.

Yang dapat the highest score setakat ni ialah Public Gold


5 Kriteria penting : Public Gold
  • Harga Rendah (PASSED!)
  • Spread Margin Rendah (PASSED!)
  • Stok sentiasa Ada (PASSED!)
  • Cawangan di seluruh Malaysia (PASSED!)
  • Syarat Jualan Semula Tidak Cerewet (PASSED!)

Segera hubungi saya,

NOR NINA NATASHA BINTI NOR AZIZAN
Autorised Dealer Public Gold (PG 019652)
017-728 7200
(boleh juga whats apps)
Natasha.azizan@yahoo.com
Facebook: Nina Natasha Afdhal

Comments

Popular Posts

Selamatkah Membeli Emas di Public Gold?

Simpan Wang Di Bank Atau Beralih Kepada Emas Fizikal Public Gold - Mana Lebih Berbaloi?

Zakat Emas dan Perak