- Get link
- X
- Other Apps
عليكم السلام
Dan Salam 1Malaysia
Syukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan petunjuk dan kasih sayangNya kita masih lagi bernafas di muka bumi ini.
Syukur juga saya panjatkan ke hadratnya kerana memberi peluang dan jalan kepada saya mengenali pelaburan emas melalui Public Gold yang mana selama ini saya hanya melakukan defisit terhadap pendapatan bulanan saya.
Alhamdulillah, berkat bimbingan dan panduan daripada sifu saya Cikgu Haryati bt. Mohd.
Sarkawi pemilik www.cikguemas.com, akhirnya saya dapat melahirkan blog ini sebagai panduan rakan-rakan yang masih tercari-cari lagi panduan dalam menentukan halatuju pelaburan sebenar di samping meluaskan ukhwah antara sesama kita.
Sebenarnya saya sudah lama mengenali nama Public Gold; namun begitu, perasaan takut-takut tertipu dan kecewa masih menebal kerana saya belajar daripada pengalaman lalu.
Setelah mula membeli 1 dinar daripada beliau terasa nilai sebenar gaji saya selama ini.
Berbaloi-baloi..
Berbaloi-baloi..
Syukur Allah telah membukakan ruang dan peluang untuk saya betulkan kesilapan lalu yang mana telah memakan diri saya hampir setahun. Bermula daripada pembelian pertama itu, hampir setiap hari saya jadi jakun melihat nilai naik turun harga dinar. Genap tiga bulan daripada pembelian pertama saya, saya nekad untuk menjadi dealer Public Gold kerana sudah lama terintai-intai nilai sebenar simpanan saya.
Bertitik tolak dari hari itu, saya sudah ada platform yang sebenar dalam pelaburan dan simpanan masa hadapan.
Saya sudah bermula..ANDA BILA LAGI??
Salam Ukhwah Pelaburan Emas
Nor Nina Natasha binti Nor Azizan
natasha.azizan@yahoo.com
PG019652
017-728 7200
- Get link
- X
- Other Apps
Popular Posts
Selamatkah Membeli Emas di Public Gold?
Soalan ini yang acapkali di utarakan kepada saya setiap kali bertemu dan berkongsi idea berkaitan simpanan emas kepada sahabat-sahabat lama baru. Anda LIHAT, BACA, FIKIR, PILIH DAN BERTINDAK.. A picture worth a 1k words.. Keratan Akhbar Harian Metro 22 Oktober 2009 Anda juga pastinya pernah membaca/mendengar tentang pelabur tertipu disebabkan skim cepat kaya yang melibatkan syarikat menjual jongkong emas. Saya bawakan 3 contoh untuk kita kongsikan bersama: 1. Sindiket Skim Pelaburan Emas Di Pulau Pinang 9/2/2010 2.Skim Pelaburan Emas Di Lembah Klang 3.Skim Pelaburan Emas Di Kuala Lumpur Amat menyedihkan dan kasihan melihat pelabur-pelabur malang yang terlibat dalam kes seperti di atas. Di sini, boleh kita simpulkan bahawa syarikat yang berunsur penipuan akan menjanjikan pelabur pulangan lumayan untuk beberapa bulan dan pada bulan terakhir akan memujuk pelabur untuk menjual emas tetapi kemudiannya lari bersama emas ters...
Simpan Wang Di Bank Atau Beralih Kepada Emas Fizikal Public Gold - Mana Lebih Berbaloi?
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera. Semalam mutakhir di Berita Harian Online menyatakan kadar purata tariff elektrik naik 4.99 sen mulai 1 Januari 2014. Kenaikan ini merupakan kenaikan hampir 15% daripada tariff yang sedia ada. Hari ini pula, Utusan Borneo melaporkan bahawa Harga hartanah dijangka meningkat 5-10 peratus pada 2014. MENTERI Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Parlimen mengumumkan berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj. Turut berlaku kenaikan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus. - Foto Effendy Rashid Lantas, apakah tindakan kita? Kenaikan harga ini sebenarnya bermula daripada rentetan kenaikan harga minyak pada bulan September 2013 yang lalu. Bila harga minyak naik, kos pengangkutan akan naik. Maka untuk menampung kos peng...
Zakat Emas dan Perak
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Apa khabar pembaca semua? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan gembira adanya Baiklah kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan zakat emas dan perak serta kaedah pengiraannya. Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab - Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun. - Nisab pula merujuk kepada nilai berat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud: “Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35) Zaka...
Comments
Post a Comment