- Get link
- X
- Other Apps
Setiap
bulan gaji bersih kita jumlah nombornya adalah SAMA. Akan tetapi setiap
tahun juga harga barang meningkat yang menyebabkan jumlah barang yang
dapat dibeli semakin berkurangan. Inilah yang dimaksudkan saya sebagai
nilai duit menyusut/merosot disebabkan oleh INFLASI. Apakah option yang
kita ada? Baca artikel dibawah ini sehingga habis
Hari ini artikel saya memberi penjelasan mengapa semua orang tidak kira individu, pemilik company/syarikat, ketua keluarga, CEO dan akauntan sekalipun mesti memikirkan untuk diversify/beralih menyimpan sebahagian daripada aset/simpanan mereka dalam bentuk EMAS FIZIKAL.
Inflasi
tidak memilih sama ada orang itu kaya ataupun sederhana, kedua-duanya
affected oleh inflasi. Malah, semakin banyak wang kertas disimpan..
Semakin besar kesannya dirasai..
Terdapat 2 kategori pembeli emas iaitu:
- Beli emas untuk tujuan pelaburan
- Beli emas untuk tujuan simpanan
Secara peribadi saya lebih cenderung membuat simpanan emas untuk masa depan berbanding dengan tujuan pelaburan.
Harga
emas meningkat pada kadar peratusan yang agak tinggi sejak beberapa
tahun kebelakangan ini disebabkan oleh terbongkarnya konspirasi
penekanan terhadap harga emas boleh pihak tertentu.
Pihak
Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa
banyak emas yang disimpan, tetapi ‘meminjamkan’ emas kepada pasaran emas
supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan bagi tujuan mengekalkan
nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar
pada kadar yang tinggi.
Menggunakan wang kertas dollar untuk mendapatkan segala komoditi yang ada di dunia seperti minyak dan gas
Dollar
yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara
lain seperti minyak mentah, emas dan komoditi lain dengan menggunakan wang kertas sahaja.
Berbalik
kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Sekiranya tidak wujud tekanan
terhadap harga emas, emas perlu dimiliki oleh semua individu (saya dan
anda), syarikat kecil atau besar dan negara sebagai rizab bagi
melindungi kekayaan sesebuah keluarga atau syarikat.
Ini disebabkan kerana sifat wang kertas itu yang nilainya semakin hari semakin berkurang nilainya.
Secara umumnya semua orang faham bahawa apabila semakin banyak wang kertas dicetak, semakin besar nilainya akan turun.
Apakah itu inflasi? (Durasi 1 minit):
Namun satu perkara yang perlu difahami ialah penurunan nilai wang kertas tidak berlaku sejurus sahaja dicetak.
Sebagai contoh, pada tahun 1982, keseluruhan wang Ringgit yang di dalam kitaran dan dideposit hanyalah RM12.47 bilion. Pada laporan BNM yang terkini, jumlah kitaran wang kertas RM di pasaran telah meningkat kepada lebih 200 bilion.
Jika
kita bandingkan, bilangan wang ringgit telah bertambah sebanyak 16 kali
ganda atau 1,600%. Namun harga barang tidak meningkat 16 kali ganda.
Belum lagi…
Tahun 1970 – Harga nasi lemak RM0.50
Tahun 2012 – Harga nasi lemak kuantiti sama berharga RM3.50
Apakah kesan monetary Inflation (Percetakan Wang) (Durasi 1 Minit)
Asasnya berdasarkan pemahaman, jika ringgit wang dicetak lebih dan terlampau banyak,nilainya akan turun. Namun apa yang berlaku ketika ini adalah nilai lambat turun, tetapi PASTI nilai semakin menurun.
Ramai yang tidak sedar sebenarnya duit kertas yang baru sebenarnya salah satu cara increase supply of money
Lonjakan harga emas dalam USD adalah berkait langsung dengan bekalan wang Amerika.
Di Malaysia, kita masih terikut tukaran asing untuk mendapatkan harga emas.
Akan
tetapi apabila “Ringgit” dibandingkan dengan emas yang disimpan oleh
Malaysia, maka akan dapat tahu nanti berapa nilai ringgit yang sebenar.
Malaysia mempunyai rizab emas fizikal sebanyak 36 tan! Jumlah wang
circulate di pasaran adalah RM200 billion. Itulah nilai ringgit kita =)
Pada kehidupan harian, nilai yang ada pada ringgit itu merosot setiap tahun, pada kadar 3-4% setiap tahun.
Namun
hakikatnya kadar inflasi sebenar adalah kadar yang lebih tinggi. Sistem
kawalan harga yang membuatkan ianya kelihatan rendah – harga siling.
Notis
harga ayam panggang di 'Bimmers Kuching'.. Tahun 2010 harga RM2.00
untuk satu kepak ayam. Tahun 2011 harga dinaikkan menjadi RM2.50.
Meningkat sebanyak 25% !!
Satu hari nanti ia akan membuak/explode jua. Petanda awal ialah “kerajaan tidak lagi mampu menanggung subsidi”. Pengsubsidian
adalah kaedah menyembunyikan inflasi sebenar. Malaysia adalah negara
yang memberikan subsidi terbesar di dunia iaitu sekitar RM73 billion setiap tahun!
Adakah anda yakin pengsubsidian akan kekal dalam tempoh 4-5 tahun lagi?
Fungsi emas adalah menyimpan nilai sebenar.
Harga emas 50 gram pada 2009 sekitar RM6,000 sahaja
Andai
kata ketika ini 50 gram emas mampu untuk menghantar anak ke
universiti. Maka jika berlaku krisis kewangan pun, dengan 50 gram emas
itu anda masih mampu untuk menghantar anak ke universiti, walaupun
ketika itu 50 gram emas harganya mencecah RM25,000.
**
Contoh di atas berdasarkan andaian harga 50 gram ialah RM10,000 (ketika
ini). Dan 8 tahun lagi pada tahun 2020 harga 50 gram dijangka meningkat
ke pada RM25,000 (RM500 segram)
Harga
emas dari tahun 2000 sehingga kini. Kenaikan harga emas disebabkan 2
faktor utama: Kelemahan dollar Amerika & permintaan emas pelaburan
dari seluruh dunia
Suggestion/saranan saya adalah supaya menyediakan rizab kewangan beberapa bulan gaji dalam bentuk emas fizikal. Katakan 1 dinar setiap 2 bulan. Malah
ada juga pembeli-pembeli emas tetap membeli 20 gram emas setiap bulan
daripada saya. Tidak kira harga turun atau naik kerana beliau tahu dlm
jangka masa yang panjang harga emas nya tetap meningkat.

Buat
pengetahuan pembaca, ramai pasangan suami isteri di Sarawak sudah mula
menyimpan 1 dinar setiap bulan. Seorang RM400. Ada juga pasangan suami
isteri menggunakan kaedah membeli 1 dinar setiap 2 bulan (RM200
seorang). Ini membuktikan sebenarnya mudah jika anda menyimpan nilai dlm
bentuk emas berdasarkan kemampuan
Memang kalau boleh tidak mahu nilai ringgit itu jatuh, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.
Apa terjadi kalau hasil titik peluh disimpan dalam bentuk wang kertas, lenyap dalam sekelip mata?
Ketika
British memerintah tanah melayu, matawang kertas Straits Dollar
digunakan, namun apabila Jepun memerintah Kertas itu tidak lagi laku.
Kemudian British datang balik, wang kertas pisang jepun pula tidak laku.
Maka,
dapat disimpulkan bahawa menyimpan emas adalah sebenarnya menyimpan
hasil titik peluh, supaya nilainya tidak merosot/hilang akibat kenaikan
inflasi atau krisis kewangan.
Fakta & Justifikasi:
- Jika saya mempunyai wang kertas sebanyak RM1,000,000 (1 juta) – saya kehilangan nilai sebanyak 4% setiap tahun iaitu kira-kira RM40,000!
- Jika saya mempunyai emas bernilai RM1,000,000 (5-6 kilogram emas) – setiap tahun nilainya bertambah sebanyak 20% setiap tahun! Tanpa berbuat apa-apa nilai emas tersebut berkembang dengan sendirinya, saya mengelar emas sebagai MAGNET KEKAYAAN!
- Saranan saya adalah – mulakan simpanan anda dengan pelaburan emas. Bukannya menukar 100% ke dalam bentuk emas fizikal jika anda masih 50-50. Mulakan dengan jumlah 20% dari total simpanan anda.
- Jika anda sudah merasai sendiri kenaikan harga emas then baru anda decide dengan jumlah yang lebih besar.
Kurang dari 8 tahun dari sekarang..
Original Source: Public Gold Sarawak (PGS)
Popular Posts
Selamatkah Membeli Emas di Public Gold?
Soalan ini yang acapkali di utarakan kepada saya setiap kali bertemu dan berkongsi idea berkaitan simpanan emas kepada sahabat-sahabat lama baru. Anda LIHAT, BACA, FIKIR, PILIH DAN BERTINDAK.. A picture worth a 1k words.. Keratan Akhbar Harian Metro 22 Oktober 2009 Anda juga pastinya pernah membaca/mendengar tentang pelabur tertipu disebabkan skim cepat kaya yang melibatkan syarikat menjual jongkong emas. Saya bawakan 3 contoh untuk kita kongsikan bersama: 1. Sindiket Skim Pelaburan Emas Di Pulau Pinang 9/2/2010 2.Skim Pelaburan Emas Di Lembah Klang 3.Skim Pelaburan Emas Di Kuala Lumpur Amat menyedihkan dan kasihan melihat pelabur-pelabur malang yang terlibat dalam kes seperti di atas. Di sini, boleh kita simpulkan bahawa syarikat yang berunsur penipuan akan menjanjikan pelabur pulangan lumayan untuk beberapa bulan dan pada bulan terakhir akan memujuk pelabur untuk menjual emas tetapi kemudiannya lari bersama emas ters...
Simpan Wang Di Bank Atau Beralih Kepada Emas Fizikal Public Gold - Mana Lebih Berbaloi?
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera. Semalam mutakhir di Berita Harian Online menyatakan kadar purata tariff elektrik naik 4.99 sen mulai 1 Januari 2014. Kenaikan ini merupakan kenaikan hampir 15% daripada tariff yang sedia ada. Hari ini pula, Utusan Borneo melaporkan bahawa Harga hartanah dijangka meningkat 5-10 peratus pada 2014. MENTERI Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Parlimen mengumumkan berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj. Turut berlaku kenaikan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus. - Foto Effendy Rashid Lantas, apakah tindakan kita? Kenaikan harga ini sebenarnya bermula daripada rentetan kenaikan harga minyak pada bulan September 2013 yang lalu. Bila harga minyak naik, kos pengangkutan akan naik. Maka untuk menampung kos peng...
Kitco News - Survey Participants Split Over Gold Direction Next Week
Survey Participants Split Over Gold Direction Next Week Friday March 7, 2014 12:02 PM Participants in the Kitco News Gold Survey are split in their views on price direction for gold next week. Nominally participants see higher prices, but the group doesn’t have a simple majority. In the Kitco News Gold Survey, out of 33 participants, 21 responded this week. Ten see prices up, while six see prices down and five see prices trading sideways or neutral. Market participants include bullion dealers, investment banks, futures traders and technical-chart analysts. Last week, most participants were bearish. As of noon EST, Comex April gold prices were up about $14 an ounce on the week. Those who see higher prices said gold’s trend remains upward. “Trend remains up, so path of least resistance is the same,” said Jim Wyckoff, technical analyst at Kitco. Ma...
Comments
Post a Comment